Selamat Berbahasa Kebangsaan

Asmah Tokoh Ilmuwan Bahasa Kebangsaan

05/10/2010 12:28

PROF. Emeritus Dato' Dr. Asmah binti Haji Omar dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa Kebangsaan. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin ketika Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada hari ini (5 Oktober 2010).

Selain anugerah tersebut, disampaikan juga Hadiah Khas Bulan Bahasa Kebangsaan kepada Prof. Dr. Ding Choo Ming, seorang Sarjana Pengajian Melayu.

Tahniah kepada Dr. Asmah dan Dr. Ding Choo Ming!

SuhaimiMohdSalleh© 2010

Make a free websiteWebnode