Selamat Berbahasa Kebangsaan

mari BETULkan

Aktiviti mengesan kesilapan unsur bahasa dan membuat pembetulan.

 Bukan Pendita Mendoaakan

Terdapat dua aspek kesalahan bahasa pada pemidang di atas, iaitu ejaan dan unsur ayat.

Ejaan yang salah ialah Bukan, Pendita, dan mendoaakan. Bukan tidak sepatutnya bermula dengan b huruf besar kerana perkataan itu terletak bukan pada permulaan ayat. Ejaan yang tepat bagi Pendita ialah Pendeta. Perkataan ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Perkataan mendoaakan mungkin tersilap eja disebabkan kelalaian. Sepatutnya perkataan itu dieja mendoakan, iaitu dengan satu a sahaja selepas huruf o.

Kesalahan unsur ayat terletak pada frasa mendoakan semoga. Mendoakan merupakan kata kerja aktif transitif yang harus diikuti oleh kata nama, sedangkan semoga ialah kata hubung. Terdapat dua cara untuk menjadikan ayat itu tepat. Pertama, perkataan mendoakan ditukar kepada berdoa, menjadi ayat Kami berdoa semoga anda berjaya dengan cemerlang. Kedua, perkataan semoga diletakkan selepas perkataan anda, menjadi Kami mendoakan anda semoga berjaya dengan cemerlang.

SuhaimiMohdSalleh© 2010

Create a free websiteWebnode